Since the expressed ideas may challenge your views and may cause you mental harm, you agree that you shall defend, indemnify, and hold harmless the author against any and all demands, expenses, losses, and lawsuits that may arise in association with your visit. Leave now or read at your risk.

Jun 3, 2011

Kekasih Setia

Salam Jumaat sayang's'

Bukan mood gatal sedang attack tokeyblog. Cuma tika ini baru betul- betul mengerti kasih suci dan cinta tulus sang pencinta. ewahh. Ayat mau lentok pulak. okie. Im seyes.

Kadang tokey terpikir adakah tokey akan dapat Kekasih Setia. Bukan tokey tak bersyukur dengan kehadiran si dia. Alhamdulillah. Sangat bersyukur. :) Terima kasih Tuhan.

Biasalah manusia tak pernah rasa puas dengan apa yang dimiliki. Tokey juga akui adakala tokey rasa begitu. =_=' Cuma nak selitkan antara perbualan mereka yang mungkin boleh membuatkan kita berpikir tentang kemahuan nafsu gelodak jiwa remaja.

kawan : hai..belek baju nak beli dekat 'abang' ke?
dia : eh. aku mana ada 'abang' lah. aku anak tunggal. *pura-pura tak mengerti
kawan : ceh. konon.
dia : *tersenyum simpul
kawan : eh kau ada sesape nak kenalkan dekat aku tak?
dia : hai, aku tengok text tak lepas tak kan takde kot.
kawan : aku baru single. carilah weh.
dia : ok. tapi kau kena carikan untuk aku jugak     
kawan : bukan kau dah ada ke?
dia : ala. tak salah kan? bosan lah.
kawan : gatal ah. cukup la sorang.
dia : aku nak yang hot hot nye. baru bangga jalan sekali
kawan : kau ke aku yang single ni.
dia : haha. aku pernah jalan dengan yang howt kot. tapi tak bez lah.
kawan : memang la. banyak makan hati. 
dia : erm.   

Tengok. kita tak pernah puas dengan apa yang kita ada. Mujur lah si dia masih sayangkan kita. Tapi. Kita ?
Mula menggatal bulu nak cari yang laen. ah kau. andai kata si dia tinggalkan kita. baru nak terpekik terlolong.

Memang susah cari Kekasih Setia. Macam setianya Adam dan Hawa. Tapi mungkin Kekasih Setia akan  kita temui untuk menjadi imam kita suatu hari nanti ataupun menjadi suri hidup diri kita..awesome weh !! 
YA. Kelak si dia yang akan menjadi Kekasih Setia kita. Susah atau senang. betul betul bersama. Bukan macam pasangan kekasih yang berbuih dan menjuih mulutnya mengikat janji setia. ah. mengarut.

macam yang berlaku pada kenalan tokeyblog.

isteri : mak, abang makin tenat *bertakung air matanya
mak : cepat cepat siap hantar dia ke hospital. ateh dan anjang ikut sekali. yang laen uruskan persiapan majlis kenduri kahwin ni.
isteri : *masih menahan air matanya dari gugur. 

kalau tokey nak ceritakan memang panjang. tokey berada dalam situasi tersebut. Melihatkan setitik pun air mata si isteri yang tidak gugur menunjukkan betapa tabahnya dia. anak anak nya masih kecil. bagaimana si dia uruskan keluarga dan bagaimana pula si dia yang menguruskan si suami yang menghadapi kegagalan buah pinggang. Inilah yang dikatakan Kekasih Setia. 

Tabah.
                   Bersabar dengan dugaan.
                       Tidak mengalah.
                    Berada di sisi saat memerlukan.

Tokey betul betul kagum dengan ketabahan beliau. Itulah kasih abadi. Itulah kekasih setia. Cuma mampu berdoa si dia terus tabah dan si suami diberi kesihatan yang baik.

notajari : berdoa dikurniakan imam yang dapat membimbing diri. *terbayang wajah si dia.


3 komen kam0o:

arE_u said...
This comment has been removed by the author.
akema yazid said...

urmmm..
kalo dah kawen baru la kekasih setia kan??
kalo camtu, nak kawen cepat2 la..
haha.. :)




mek, jumpa jom!!

yunZ said...

ngeh2..aku tempah meja vip